Saturday 30 January 2016

ISI KANDUNGAN

     1.2 ISI KANDUNGAN

TAKRIFAN PEMIMPIN   

     
    Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya. Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan diketengah supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman ini akan memeliharanya dari pada membuat keputusan yang bercanggah dengan syariah.
    

     TAKRIFAN KEPEMIMPINAN

      
     Kepemimpinan telah menjadi objek kajian sejak permulaan abad ini. Pada hari ini, terdapat berbagai definisi untuk kepemimpinan efektif hasil daripada penyelidikan empirikal. Berikut adalah beberapa definisi kepemimpinan:

     a) Kepemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah                                haluan,tindakan dan pendapat.


    .b) Kepemimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah                    mencapai satu matlamat

    
         c) Kepemimpinan ialah interaksi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap                    subordinatnya
.
         d) Kepemimpinan ialah menambah pengaruh ke atas suibordinat supaya mereka                      mematuhi peraturan dan arahan organisasi.

   e) Kepemimpinan ialah pengaruh yang efektif

   
    f) Kepemimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dapat dielakkan untuk                 mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain.Walaupun terdapat perbezaan dari segi definisi kepemimpinan, namun terdapat persamaan.dua konsep penting. Pertama kepemimpinan ialah hubungan antara atau lebih orang di mana pengaruh dan kuasa ditabuh dengan tidak saksama. Konsep kedua    ialah pemimpin tidak boleh wujud berseorangan. 


      CIRI-CIRI PEMIMPIN


    (a) Semangat



       Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan tekad,      daya usaha,tenaga dan hasrat untuk berjaya 
        (b) Kebijaksanaan dan kepintaran

    Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang,dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak.

   
       (c) Keyakinan diri
     
        Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru, pemimpin     harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa menjadi contoh. 

  (d)   Dorongan Kepemimpinan


    Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu-individu lain   supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan.

   
      (e)        Berpengetahuan dan berpengalaman

    Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.


 (f)        Kreativiti


    Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya dapat     menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.


 (g)        Fleksibiliti


    Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-individu     yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini  membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang   sewajarnya mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.


 (h)       Sihat dari segi jasmani dan rohani


    Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak mudah naik  darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran, tahu  memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan. 


 (i)         Kejujuran, amanah dan integriti


     Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.


     (j)        Sifat terbuka


     Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh perasaan syak  wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila  masa. 


      PERANAN PEMIMPIN


    (a)     Perancangan dan penganjuran


      Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan kecekapan untuk organisasi tersebut.


    (b)     Penyelesaian masalah


     Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara sistematik untuk memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis. 


    (c)      Menjelaskan peranan dan objektif


     Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang jelas berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian. 


    (d) Menjalin perhubungan


      Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya.


     (e)        Menerima dan memberi maklumat


      Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui siapa yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dalam organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa masalah yang ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-peluang baru yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan. 


     (f)        Membuat keputusan


     Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada membuat keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan berisiko. Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi membuat keputusan ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang itu semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan persetujuan, sokongan, dan kerjasama mereka. Dia perlu membuat keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu. Keputusan-keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-keputusan yang penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-keputusan yang penting pada masa depan. 


     (g) Pengawasan


     Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi, analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.


      (h)   Motivasi dan mengilhamkan


     Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat bekerja, iltizam kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi, bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang sesuai. 


     (i)     Sebagai eksekutif


     Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan, kelompok akan jadi kacau. 


     (j)        Sebagai orang tengah


     Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu. 


     k)       Sebagai Teladan


     Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.


     


.

No comments:

Post a Comment