Sunday 31 January 2016

PENGENALAN AHLI KUMPULAN


NAMA & NO.MATRIK :

NOORSHAHIDA BINTI RASHID (16DPR15F2002)


SITI NADIAH BINTI SHAHZAN (16DPR15F2007)

NORSALINA BINTI SAZALI (16DPR15F2013)

NURULAIN SYAMIMI BINTI HARUN (16DPR15F2032)

NORLIANA BINTI ABDUL RAHMAN (16DPR15F2034)


TAJUK :

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU ARAHAN MESTI DITERIMA DAN DIPATUHI.





Saturday 30 January 2016

PENGENALAN KEPADA ARAHAN

1.1 PENGENALAN

       OBJEKTIF

Tafsiran arahan merupakan penggunaan kuasa atau mandat yang ada kepada seseorang pemimpin ianya perlu digunakan secara berkesan. Kuasa merupakan unsur penting seperti yang dihuraikan oleh Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan seperti :
·   

1. Membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas         dan perubahan sebagai mana yang dikehendaki.


2. Membolehkan pemimpin mengagihkan tugas dengan berkesan dalam                 melaksanakan perubahan.
·         

3. Membolehkan pemimpin memberikan idea baru dan menyakinkan pihak lain       untuk menerima idea yang dikemukakan.
·         
    4.Membolehkan pemimpin membuat keputusan terutamanya dalam menentukan   siapa yang layak untuk melakukan perubahan.



ISI KANDUNGAN

     1.2 ISI KANDUNGAN

TAKRIFAN PEMIMPIN   

     
    Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya. Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan diketengah supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman ini akan memeliharanya dari pada membuat keputusan yang bercanggah dengan syariah.
    

     TAKRIFAN KEPEMIMPINAN

      
     Kepemimpinan telah menjadi objek kajian sejak permulaan abad ini. Pada hari ini, terdapat berbagai definisi untuk kepemimpinan efektif hasil daripada penyelidikan empirikal. Berikut adalah beberapa definisi kepemimpinan:

     a) Kepemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah                                haluan,tindakan dan pendapat.


    .b) Kepemimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah                    mencapai satu matlamat

    
         c) Kepemimpinan ialah interaksi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap                    subordinatnya
.
         d) Kepemimpinan ialah menambah pengaruh ke atas suibordinat supaya mereka                      mematuhi peraturan dan arahan organisasi.

   e) Kepemimpinan ialah pengaruh yang efektif

   
    f) Kepemimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dapat dielakkan untuk                 mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain.Walaupun terdapat perbezaan dari segi definisi kepemimpinan, namun terdapat persamaan.dua konsep penting. Pertama kepemimpinan ialah hubungan antara atau lebih orang di mana pengaruh dan kuasa ditabuh dengan tidak saksama. Konsep kedua    ialah pemimpin tidak boleh wujud berseorangan. 


      CIRI-CIRI PEMIMPIN


    (a) Semangat



       Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan tekad,      daya usaha,tenaga dan hasrat untuk berjaya 
        (b) Kebijaksanaan dan kepintaran

    Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang,dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak.

   
       (c) Keyakinan diri
     
        Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru, pemimpin     harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa menjadi contoh. 

  (d)   Dorongan Kepemimpinan


    Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu-individu lain   supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan.

   
      (e)        Berpengetahuan dan berpengalaman

    Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.


 (f)        Kreativiti


    Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya dapat     menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.


 (g)        Fleksibiliti


    Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-individu     yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini  membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang   sewajarnya mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.


 (h)       Sihat dari segi jasmani dan rohani


    Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak mudah naik  darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran, tahu  memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan. 


 (i)         Kejujuran, amanah dan integriti


     Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.


     (j)        Sifat terbuka


     Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh perasaan syak  wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila  masa. 


      PERANAN PEMIMPIN


    (a)     Perancangan dan penganjuran


      Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan kecekapan untuk organisasi tersebut.


    (b)     Penyelesaian masalah


     Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara sistematik untuk memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis. 


    (c)      Menjelaskan peranan dan objektif


     Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang jelas berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian. 


    (d) Menjalin perhubungan


      Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya.


     (e)        Menerima dan memberi maklumat


      Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui siapa yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dalam organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa masalah yang ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-peluang baru yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan. 


     (f)        Membuat keputusan


     Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada membuat keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan berisiko. Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi membuat keputusan ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang itu semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan persetujuan, sokongan, dan kerjasama mereka. Dia perlu membuat keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu. Keputusan-keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-keputusan yang penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-keputusan yang penting pada masa depan. 


     (g) Pengawasan


     Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi, analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.


      (h)   Motivasi dan mengilhamkan


     Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat bekerja, iltizam kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi, bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang sesuai. 


     (i)     Sebagai eksekutif


     Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan, kelompok akan jadi kacau. 


     (j)        Sebagai orang tengah


     Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu. 


     k)       Sebagai Teladan


     Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.


     


.

GAYA KEPIMPINAN



    GAYA KEPEMIMPINAN
     
    -Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-masing .Perbezaan gaya kempipinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin.Terdapat tiga gaya kepemimpinan bagi seorang pemimpin.
     
    1)Gaya Autokratik

     -Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang bawahannya melakukan tindakan-tindakan agar tujuan organisasi tercapai.Dalam usaha menggerakkan orang-orang bawahan melakukan apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan,pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya ditangannya sendiri.Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada kemahuannya.Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik. Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh ditegur. Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya.Dia menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan. Ahli-ahli tidak diberi kesempatan atau perluan untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan, apalagi untuk bersama-sama membuat keputusan.Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan keputusan ketua.Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan ,  dia lebih suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli-ahli beraa takut. Hubungan diantara pemimpin jenis ini dengan ahli-ahli persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah terlalu formal dan penuh keteganggan. 


     2)Gaya Laissez-faire

     
     -Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri semua aktiviti mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak membimbing atau mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya, mmalah dia tidak suka mengambil keputusan. Dia Cuma memerhatikan sahaja apa yang dibuat oleh kumpulannya. Dengan kata lain, dia sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang patut difikirkan.Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu pemimpin yang tidak menentukan arah kepada orang-orang dibawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang yang dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau “ penasihat” yang hanya dipersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri tidak suka membuat keputusan. Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidk jelas, pengurus dan pentadbiran persatuan biasanya menjadi kacau. Setiap anggota kelompok bergarak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi. 

    

     3) Gaya Demokratik
     
     -Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat- menghormati saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk memberikan padangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memak]jukan persatuan.Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta pemimpinnya bersedia menerima kritik atau teguran yang membina daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan persatuan, bukan untuk kepentingan individu atau segelintir individu.Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama, bukannnya keputusan ketua secara individu, tetapi majority. Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas. Pemimpin yang demokratik tidak memerintah tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama. Dia selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha mencapai tujuan bersama.


     PEMIMPIN DALAM ORGANISASI YANG BERKETERAMPILAN DAN BERWIBAWA

     -Pemimpin yang dilantik mahupun dipilih untuk menjadi pemimpin seharusnya berupaya menggerakkan anggota-anggota didalam sesuatu kumpulan, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat. Dia harus sedar bahawa adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya dan berkeyakinan serta bermotivasi untuk memberi khidmat bakti,tenaga dan fikiran untuk kesejahteraan dan kepentingan ahli-ahlinya. Seorang pemimpin bukan sahaja harus mempunyai bakat memimpin tetapi juga bersedia untuk dipimpin.Semangat pengabdian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi dan ahli turut harus ditanam dalam hatinya.Berikutan itu,dia haruslah sanggup berkorban untuk memastikan persatuan yang dipimpinnya terus maju. Dia harus mengakui bahawa adanya perbezaan individu dan pengharapan mereka juga adalah tidak sama. Oleh itu, komitmen kepada pemimpin mahupun bidang tugas mereka haruslah diwujudkan kalangan ahli jawatankuasa dan juga ahli-ahli bagi kebaikan organisasi.Dalam usahanya untuk memajukan organisasi yang dipimpinnya, dia haruslah mempunyai daya inisiatif dan kreatif yang tinggi. Sebelum mendalam tentang prinsip, keperluan dan bidang tugasnnya. Berpandukan itu, dia bolehlah merancang dan melaksanakan program-program yang manfaat kepada ahli-ahli. Dengan itu, organisasi akan menjadi lebih terkenal dan dapat menarik lebih ramai ahli.Seorang pemimpin harus memiliki keinginan yang kuat untuk memajukan diri sendiri supaya menjadi manusia yang berilmu, berpengalaman luas dan mampu berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun secara bertulis dengan cara paling efektif. Kemampuan berkomunikasi ini penting agar maklumat  yang hendak disampaikan kepada orang-orang yang dipimpinnya dapat difahami dengan jelas. Bagi meningkatkan daya kepemimpinannya, seorang pemimpin seharusnya memperbanyakkan bacaannya , menghadiri kursus ,bergaul dengan orang yang lebih berilmu mahupun berpengalaman dan meminta tunjuk ajar atau nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman.Selain itu, dia juga harus memastikan dirinya sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang tinggi, emosi dan mental yang stabil. Mereka juga haruslah merupakan individu-individu yang dinamik, sanggup menerima tugas dan tanggungjawab yang berat, berani mengambil risiko, semangat juang yang tinggi, berakhlak mulia ,tegas tetapi adil dalam membuat pertimbangan ,ketajaman fikiran, pandai menyesuaikan diri ,tekun dan gigih. Dengan kelebihan-kelebihan ini, seorang pemimpin yang berwibawa dilahirkan dan seterusnya dihormati dan dipatuhi oleh ahli-ahlinya.


      Akhir kata selaku pemimpin, seseorang itu haruslah mengimbangi tugas tugas yang diamanahkan dan tugas kepemimpinan. Mereka haruslah peka kepada perkembangan persekitaran dan sedia menerima segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan lalu menyempurnakannya dengan bersungguh sungguh dengan bermatlamatkan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburinya.

Friday 29 January 2016

PERANAN KEPIMPINAN


PERANAN PEMIMPIN
(a)     Perancangan dan penganjuran
Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan kecekapan untuk organisasi tersebut.

(b)     Penyelesaian masalah
Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara sistematik untuk memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis.


(c)      Menjelaskan peranan dan objektif
Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang jelas berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian.

(d) Menjalin perhubungan
Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya.

(e)        Menerima dan memberi maklumat
Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui siapa yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dalam organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa masalah yang ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-peluang baru yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan.

(f)        Membuat keputusan
Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada membuat keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan berisiko. Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi membuat keputusan ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang itu semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan persetujuan, sokongan, dan kerjasama mereka. Dia perlu membuat keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu. Keputusan-keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-keputusan yang penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-keputusan yang penting pada masa depan.

(g) Pengawasan
Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi, analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.

(h)   Motivasi dan mengilhamkan
Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat bekerja, iltizam kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi, bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang sesuai.

(i)     Sebagai eksekutif
Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan, kelompok akan jadi kacau.

(j)        Sebagai orang tengah
Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu.

(k)       Sebagai Teladan


Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.



FAKTOR-FAKTOR ARAHAN MESTI DITERIMA DAN DIPATUHI

     Dalam tajuk ini terdapat beberapa faktor-faktor yang menjadikan sesuatu arahan mesti diterima dan dipatuhi dan dapat diketengahkan dengan lebih terperinci agar perkara tersebut memberikan impak yang positif kepada individu yang menerima sesuatu arahan ataupun perintah. Sebagai contoh :
  
     1)   ARAHAN TERSEBUT MESTILAH BERADA DALAM BIDANG TERSEBUT .
     
    - iaitu dalam pemberian arahan, arahan tersebut mestilah tidak lari dari bidang kerja yang dilakukan. Arahan yang diberikan mestilah bersangkutan dengan bidang kerja yang dilakukan dan perlu juga diutamakan kelayakan seseorang dari segi akademiknya. Contohnya , menjadi kesalahan jika bidang jurutera diberikan kepada tukang masak. Selain itu juga menjadi kesalahan juga apabila seseorang majikan menggunakan pekerjanya sebagai penjaga kepada anak-anaknya. Jika hal ini berlaku arahan tidak perlu dipatuhi . Ianya disebabkan tidak mahu menjadi bebanan kepada pekerja untuk melaksanakan kerja yang diperintah . Jika arahan yang diberikan oleh majikan di luar bidang pekerja , maka bidang kerja yang dipilih oleh pekerja itu sendiri akan tertangguh kerana terlalu patuh melaksakan tugas lain . 

     2)  KERJA YANG DISURUH TERSEBUT TERDAPAT DALAM DESKRIPSI KERJA

     -Dalam mematuhi arahan, arahan tersebut mestilah terdapat dalam deskripsi kerja. Deskripsi kerja merupakan panduan seseorang untuk melakukan tugasannya. Contohnya, jika seorang majikan menyuruh pekerjanya menjaga kaunter, dia tidak perlu patuhi jika tidak ada dalam deskripsi kerjanya. Hal ini kerana skop kerjanya tidak berlandaskan syarat-syarat awal semasa memperolehi kerja kerana bidang tugasnya hanya tertumpu kepada kerja yang dikhaskan sahaja. Contoh lain, sekiranya pengurus memberi arahan diluar bidang majikan,maka majikan tidak perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pengurus. Bekerja dalam pandangan islam begitu tinggi darjatnya. Hingga Allah menggadingkannya dengan jihad memerangi orang-orang kafir. Firman Allah S.W.T bersabda“Dan orang-orang yang berjalan dimuka bumi mencari sebahagiaan kurnian Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang dijalan Allah. “(QS.AL-MUZZAMIL(73):20)Rasullah shallahahu’alaihi wa sallam bahkan menyebut aktiviti bekerja sebagai jihad dijalan Allah. Diriwayatkan beberapa orang sahabat melihat seorang pemuda kuat yang rajin bekerja. Mereka pun berkata kepada pemuda tersebut,”Andai saja ini(rajin dan giat) dilakukan untuk jihad dijalan Allah” Nabi SAW segera menyela mereka dengan sabdanya,”janganlah kamu berkata seperti itu. Jika ia berkerja untuk menaskahi anak-anaknya yang masih kecil, maka ia berada dijalan Allah. Jika ia bekerja untuk menaskahi kedua orang tuanya yang sudah tua maka ia dijalan Allah. Dan jika ia bekerja untuk memenuhi keperluan dirinya maka ia pun dijalan Allah. Namun ia berkerja dalam riak dan berbangga diri, maka ia dijalan syaitan. “(HR THABRANI,DISAHIHKAN OLEH AL-ALBANI)  

     3)  KERJA TERSEBUT BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KEUPAYAAN MENTAL DAN FIZIKAL .


     -Dalam islam,tidak semua kerja sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan yang berat yang memerlukan kekuatan fizikal sudah tentu sesuai bagi lelaki. Manakala tugas yang memerlukan keprihatinan pribadi dan kelembutan sudah tentu sesuai dengan fitrah wanita contohnya, kerja-kerja membina bangunan dibina oleh lelaki dan kerja-kerja seperti menjahit kebanyakkannya dikuasai oleh kaum wanita.Contohnya dari segi mental, seseorang individu tersebut mengambil  bidang kejuruteraan tetapi diperintahkan untuk melakukan dalam bidang perakaunan. Malah dari segi fizikal pula contohnya, jika seseorang pekerja tersebut tidak mempunyai keupayaan jari tetapi ia diperintahkan untuk menaip. Hal ini akan menyebabkan kesusahan kepada individu tersebut kerana luar daripada keupayaan diri. Sabda Allah SWTSesungguhnya Allah telah menegaskan bahawa bekerja itu hendaklah sesuai dengan batas-batas kemampuan manusia,sebagaimana firman Allah“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala(dari kebajikan)yang diusahakan dan dia mendapat seksa(dari kejahatan) yang dikerjakan…”(QS.AL-BAQARAH;(286)Ayat ini menerangkan bahawa Allah tidak membebankan pekerjaan kepada para hambanya kecuali ia sesuai dengan batas kemampuannya dan tuntuntan peribadinya.Rasulullah SAW juga bersabda masalah ini;“Janganlah kamu bebani mereka dengan apa-apa yang mereka tidak sanggup memikulnya. Dan apabila kamu membebani mereka,maka bantulah mereka. (HR.IBNU MAJAH) 

     4)  ARAHAN YANG DEBERIKAN MESTILAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN PERATURAN-PERATURAN AGAMA ISLAM .


     -Jika kita dapat sesuatu arahan kita haruslah menjadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu arahan. Kita tidak wajib mematuhi sesuatu arahan jika arahan tersebut bercanggah dalam ajaran islam. Contohnya,majikan kita menyuruh menyediakan dan membekalkan arak kepada pelanggan. Sebagai seorang muslim , jika pengurus menyuruh pekerjanya untuk melayan pelanggan dengan menghidangkan minuman alcohol , maka ia tidak patut dipatuhi kerana bercanggah dengan ajaran islam .       Mematuhi arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi mana tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan rasulnya .Sabda Rasulullah S.A.W ;“Kewajipan seseorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama ia tidak disuruh melakukan maksiat . Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat, maka tidaklah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati”.(HADIS RIWAYAT MUSLIM) Oleh itu ,pekerja tidak sewenang-wenangnya mentaati perintah majikan ,sekiranya pekerja sudah mengetahui pekerja yang hendak dilakukannya haram disisi agama , maka diwajibkan pekerja tersebut mengundur diri dari melakukan pekerjaan tersebut . Manakala sebaliknya , jika pekerja mengetahui bahawa pekerjaan itu haram tetapi dia tetap melakukannya kerana takut dimarahi atau diberhentikan kerja oleh majikan , maka ianya tetap dianggap berdosa besar kerana pekerja tersebut lebih taat kepada perintah majikan melebihi perintah Allah S.W.T “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ‘. (AL-BAQARAH; 168) “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya” (ALMA’IDAH;88) “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu ; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya menyembah”. (AN-NAHL;114) 

      5) ORANG YANG MEMBERI ARAHAN TIDAK BERADA DALAM KEADAAN STABIL .


     -Jika sesuatu arahan diberikan oleh orang yang tidak stabil mentalnya kita tidak wajib mematuhinya . Hal ini kerana kemungkinan arahan tersebut akan menyebabkan keburukan kepada kita . Pemberi arahan tersebut mestilah berada dalam keadaan waras dan stabil . Contohnya, jika majikan kita dalam keadaan mabuk dan memberi arahan kepada kita untuk melakukan sesuatu , tidak wajib untuk kita mematuhinya . Antara contoh arahan majikan tersebut adalah majikan menyuruh pekerjanya untuk memberi layanan khas berunsur pergaulan bebas seperti seks terhadap pelanggan penting yang dapat memberi keuntungan kepada syarikat tersebut beserta dengan ugutan seperti pekerja tidak akan diberikan gaji seandainya pekerjanya tidak mematuhi arahannya . Sekiranya berlaku hal sedemikian , maka pekerja tersebut wajib menolak kerana ianya merupakan dosa besar disamping menjatuhkan maruah seorang perempuan .

     6) TAAT KEPADA ORGANISASI

     -Ia melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu organisasi dapat di realisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Allah ada berfirman bermaksud : “ Wahai  orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu membantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasulnya. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.





KESIMPULAN


KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan keseluruhan tajuk ini, seseorang individu yang mendapat kuasa untuk memberi arahan kepada orang lain tidak seharusnya bersikap mementingkan diri dengan menyuruh orang bawahan untuk membuat kerja diperintah olehnya. 


 Selain itu , pekerja haruslah menjalankan amanah yang diberikan oleh majikannya untuk melaksanakan kerja . Pekerja mestilah taat dan patuh kepada arahan majikannya selagi mana sesuatu arahan itu tidak melanggar hukum islam . 

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat . Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan Rasulnya . 

Soal ketaatan ini seringkali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda Baginda Diantara sabda baginda yang bermaksud ;·        

“Sesiapa yang mentaati perintahku ,maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah . Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya beerti mematuhi perintahku , dan sesiapa yang melanggar perintah amir ketua beerti ia melanggari perintahku “. (Riwayat Muslim) ·        

“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keaadaan susah atau senang , atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu . (HR MUSLIM) ·        

“Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati”. (HR Muslim). 

Oleh itu, kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi kearah kecemerlangan. Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

 Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisai dan kepatuhan kepada disiplin. ü  Pekerja mempunyai hak untuk bersuara iaitu ia berkenaan hubungan pekerja dengan majikan. Ia diperoleh melalui undang-undang pekerjaan dan buruh.·      

 Perkara 23 : semua orang mempunyai hak untuk bekerja, memilih pekerjaan, keaadaan kera yang baik dan perlindungan daripada pengganguran.·       

Melalui Akta Pekerjaan 1955, pekerja mempunyai hak untuk bersuara supaya mereka merasakan diri mereka tidak tertindas  teraniaya oleh majikan sendiri. Pekerja mempunyai hak untuk berehat, tempoh waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari, hak perlepasan cuti umum. Pekerja yang melaksanakan pekerjaan dengan lebih masa harus mendapat upah yang lebih oleh majikan kerana kerja yang dilakukan dengan lebih masa tidak termasuk dengan kontrak melainkan mendapat upah yang lebih.·        

Sekiranya pekerja ingin membuat sebarang aduan melibatkan hal-hal dalam organisasi pekerjaan mereka haruslah mengadu melalui hadir ke pejabat tenaga kerja ataupun telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja).ü  

Majikan tidak seharusnya bersikap “resist” terhadap pekerja terutamanya pekerja berlainan kaum atau agama. Sebagai contoh. 

Majikan itu merupakan orang cina yang melebihkan pekerja yang sama kaum dengan agamanya. Antara sikap ”resist” yang diamalkan adalah majikan memberikan kerja yang banyak kepada kaum lain semenara pekerja yang lain hanyalah melakukan kerja yang sedikit.

Manakala upah yang diberikan kepada pekerja yang berlainan agama adalah lebh sedikit daripada pekerja seagamanya walaupun mereka telah melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan lebih masa. Ini meyababkan berlakunya penindasan pekerja-pekerja lain yang tidak ada persamaan kaum dan agama.ü  JTK menganjurkan sebuah program yang melibatkan majikan dan pekerja tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan organisasi sama ada sewaktu melaksanakan tugas ataupun diluar waktu kerja.·         

Pekerja dan majikan harus tahu tentang hak-hak ataupun kuasa di dalam bidang mereka sendiri. Sekiranya majikan dan pekerja tahu mengenai hak masing-masing maka tidaklah berlaku sebarang masalah di antara kedua-dua pihak. Hal ini dapat menjadikan suasana dalam sesuatu organisasi itu tenang tanpa sebarang konflik.ü  Pengurus haruslah peka dengan pekerjanya kerana ia akan mewujudkan hubungan baik diantara kedua-dua pihak. Sebai contoh :·        

Majikan haruslah memberi ganjaran kepada pekerja yang berwibawa dalam organisasi semasa menjalankan tugas kerjanya. Sebagai pembahagian ganjaran ia mempunyai dua kategori iaitu ekstrinsik dan instinsik. Ganjaran ekstrinsik adalah seperti kewangan iaitu kenaikan upah , bonus,kenaikan pangkat, memberikan tiket umrah, memberikan tiket pelancongan dan lain-lain. Instrinsik pula adalah ganjaran penghargaan seperti surat pujian,sijil pekerja cemerlang, anugeah ketua jabatan dan sebagainya.·         Allah SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya :

“ sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan DIA dengan kehidupan Yang baik : dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka , Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan”. (Surah Al Nahl:97)