Friday 29 January 2016

KESIMPULAN


KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan keseluruhan tajuk ini, seseorang individu yang mendapat kuasa untuk memberi arahan kepada orang lain tidak seharusnya bersikap mementingkan diri dengan menyuruh orang bawahan untuk membuat kerja diperintah olehnya. 


 Selain itu , pekerja haruslah menjalankan amanah yang diberikan oleh majikannya untuk melaksanakan kerja . Pekerja mestilah taat dan patuh kepada arahan majikannya selagi mana sesuatu arahan itu tidak melanggar hukum islam . 

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat . Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan Rasulnya . 

Soal ketaatan ini seringkali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda Baginda Diantara sabda baginda yang bermaksud ;·        

“Sesiapa yang mentaati perintahku ,maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah . Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya beerti mematuhi perintahku , dan sesiapa yang melanggar perintah amir ketua beerti ia melanggari perintahku “. (Riwayat Muslim) ·        

“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keaadaan susah atau senang , atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu . (HR MUSLIM) ·        

“Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati”. (HR Muslim). 

Oleh itu, kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi kearah kecemerlangan. Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

 Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisai dan kepatuhan kepada disiplin. ü  Pekerja mempunyai hak untuk bersuara iaitu ia berkenaan hubungan pekerja dengan majikan. Ia diperoleh melalui undang-undang pekerjaan dan buruh.·      

 Perkara 23 : semua orang mempunyai hak untuk bekerja, memilih pekerjaan, keaadaan kera yang baik dan perlindungan daripada pengganguran.·       

Melalui Akta Pekerjaan 1955, pekerja mempunyai hak untuk bersuara supaya mereka merasakan diri mereka tidak tertindas  teraniaya oleh majikan sendiri. Pekerja mempunyai hak untuk berehat, tempoh waktu bekerja tidak melebihi 8 jam sehari, hak perlepasan cuti umum. Pekerja yang melaksanakan pekerjaan dengan lebih masa harus mendapat upah yang lebih oleh majikan kerana kerja yang dilakukan dengan lebih masa tidak termasuk dengan kontrak melainkan mendapat upah yang lebih.·        

Sekiranya pekerja ingin membuat sebarang aduan melibatkan hal-hal dalam organisasi pekerjaan mereka haruslah mengadu melalui hadir ke pejabat tenaga kerja ataupun telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja).ü  

Majikan tidak seharusnya bersikap “resist” terhadap pekerja terutamanya pekerja berlainan kaum atau agama. Sebagai contoh. 

Majikan itu merupakan orang cina yang melebihkan pekerja yang sama kaum dengan agamanya. Antara sikap ”resist” yang diamalkan adalah majikan memberikan kerja yang banyak kepada kaum lain semenara pekerja yang lain hanyalah melakukan kerja yang sedikit.

Manakala upah yang diberikan kepada pekerja yang berlainan agama adalah lebh sedikit daripada pekerja seagamanya walaupun mereka telah melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan lebih masa. Ini meyababkan berlakunya penindasan pekerja-pekerja lain yang tidak ada persamaan kaum dan agama.ü  JTK menganjurkan sebuah program yang melibatkan majikan dan pekerja tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan organisasi sama ada sewaktu melaksanakan tugas ataupun diluar waktu kerja.·         

Pekerja dan majikan harus tahu tentang hak-hak ataupun kuasa di dalam bidang mereka sendiri. Sekiranya majikan dan pekerja tahu mengenai hak masing-masing maka tidaklah berlaku sebarang masalah di antara kedua-dua pihak. Hal ini dapat menjadikan suasana dalam sesuatu organisasi itu tenang tanpa sebarang konflik.ü  Pengurus haruslah peka dengan pekerjanya kerana ia akan mewujudkan hubungan baik diantara kedua-dua pihak. Sebai contoh :·        

Majikan haruslah memberi ganjaran kepada pekerja yang berwibawa dalam organisasi semasa menjalankan tugas kerjanya. Sebagai pembahagian ganjaran ia mempunyai dua kategori iaitu ekstrinsik dan instinsik. Ganjaran ekstrinsik adalah seperti kewangan iaitu kenaikan upah , bonus,kenaikan pangkat, memberikan tiket umrah, memberikan tiket pelancongan dan lain-lain. Instrinsik pula adalah ganjaran penghargaan seperti surat pujian,sijil pekerja cemerlang, anugeah ketua jabatan dan sebagainya.·         Allah SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya :

“ sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan DIA dengan kehidupan Yang baik : dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka , Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan”. (Surah Al Nahl:97)



 


No comments:

Post a Comment