Friday 29 January 2016

FAKTOR-FAKTOR ARAHAN MESTI DITERIMA DAN DIPATUHI

     Dalam tajuk ini terdapat beberapa faktor-faktor yang menjadikan sesuatu arahan mesti diterima dan dipatuhi dan dapat diketengahkan dengan lebih terperinci agar perkara tersebut memberikan impak yang positif kepada individu yang menerima sesuatu arahan ataupun perintah. Sebagai contoh :
  
     1)   ARAHAN TERSEBUT MESTILAH BERADA DALAM BIDANG TERSEBUT .
     
    - iaitu dalam pemberian arahan, arahan tersebut mestilah tidak lari dari bidang kerja yang dilakukan. Arahan yang diberikan mestilah bersangkutan dengan bidang kerja yang dilakukan dan perlu juga diutamakan kelayakan seseorang dari segi akademiknya. Contohnya , menjadi kesalahan jika bidang jurutera diberikan kepada tukang masak. Selain itu juga menjadi kesalahan juga apabila seseorang majikan menggunakan pekerjanya sebagai penjaga kepada anak-anaknya. Jika hal ini berlaku arahan tidak perlu dipatuhi . Ianya disebabkan tidak mahu menjadi bebanan kepada pekerja untuk melaksanakan kerja yang diperintah . Jika arahan yang diberikan oleh majikan di luar bidang pekerja , maka bidang kerja yang dipilih oleh pekerja itu sendiri akan tertangguh kerana terlalu patuh melaksakan tugas lain . 

     2)  KERJA YANG DISURUH TERSEBUT TERDAPAT DALAM DESKRIPSI KERJA

     -Dalam mematuhi arahan, arahan tersebut mestilah terdapat dalam deskripsi kerja. Deskripsi kerja merupakan panduan seseorang untuk melakukan tugasannya. Contohnya, jika seorang majikan menyuruh pekerjanya menjaga kaunter, dia tidak perlu patuhi jika tidak ada dalam deskripsi kerjanya. Hal ini kerana skop kerjanya tidak berlandaskan syarat-syarat awal semasa memperolehi kerja kerana bidang tugasnya hanya tertumpu kepada kerja yang dikhaskan sahaja. Contoh lain, sekiranya pengurus memberi arahan diluar bidang majikan,maka majikan tidak perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pengurus. Bekerja dalam pandangan islam begitu tinggi darjatnya. Hingga Allah menggadingkannya dengan jihad memerangi orang-orang kafir. Firman Allah S.W.T bersabda“Dan orang-orang yang berjalan dimuka bumi mencari sebahagiaan kurnian Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang dijalan Allah. “(QS.AL-MUZZAMIL(73):20)Rasullah shallahahu’alaihi wa sallam bahkan menyebut aktiviti bekerja sebagai jihad dijalan Allah. Diriwayatkan beberapa orang sahabat melihat seorang pemuda kuat yang rajin bekerja. Mereka pun berkata kepada pemuda tersebut,”Andai saja ini(rajin dan giat) dilakukan untuk jihad dijalan Allah” Nabi SAW segera menyela mereka dengan sabdanya,”janganlah kamu berkata seperti itu. Jika ia berkerja untuk menaskahi anak-anaknya yang masih kecil, maka ia berada dijalan Allah. Jika ia bekerja untuk menaskahi kedua orang tuanya yang sudah tua maka ia dijalan Allah. Dan jika ia bekerja untuk memenuhi keperluan dirinya maka ia pun dijalan Allah. Namun ia berkerja dalam riak dan berbangga diri, maka ia dijalan syaitan. “(HR THABRANI,DISAHIHKAN OLEH AL-ALBANI)  

     3)  KERJA TERSEBUT BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KEUPAYAAN MENTAL DAN FIZIKAL .


     -Dalam islam,tidak semua kerja sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan yang berat yang memerlukan kekuatan fizikal sudah tentu sesuai bagi lelaki. Manakala tugas yang memerlukan keprihatinan pribadi dan kelembutan sudah tentu sesuai dengan fitrah wanita contohnya, kerja-kerja membina bangunan dibina oleh lelaki dan kerja-kerja seperti menjahit kebanyakkannya dikuasai oleh kaum wanita.Contohnya dari segi mental, seseorang individu tersebut mengambil  bidang kejuruteraan tetapi diperintahkan untuk melakukan dalam bidang perakaunan. Malah dari segi fizikal pula contohnya, jika seseorang pekerja tersebut tidak mempunyai keupayaan jari tetapi ia diperintahkan untuk menaip. Hal ini akan menyebabkan kesusahan kepada individu tersebut kerana luar daripada keupayaan diri. Sabda Allah SWTSesungguhnya Allah telah menegaskan bahawa bekerja itu hendaklah sesuai dengan batas-batas kemampuan manusia,sebagaimana firman Allah“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala(dari kebajikan)yang diusahakan dan dia mendapat seksa(dari kejahatan) yang dikerjakan…”(QS.AL-BAQARAH;(286)Ayat ini menerangkan bahawa Allah tidak membebankan pekerjaan kepada para hambanya kecuali ia sesuai dengan batas kemampuannya dan tuntuntan peribadinya.Rasulullah SAW juga bersabda masalah ini;“Janganlah kamu bebani mereka dengan apa-apa yang mereka tidak sanggup memikulnya. Dan apabila kamu membebani mereka,maka bantulah mereka. (HR.IBNU MAJAH) 

     4)  ARAHAN YANG DEBERIKAN MESTILAH TIDAK BERCANGGAH DENGAN PERATURAN-PERATURAN AGAMA ISLAM .


     -Jika kita dapat sesuatu arahan kita haruslah menjadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu arahan. Kita tidak wajib mematuhi sesuatu arahan jika arahan tersebut bercanggah dalam ajaran islam. Contohnya,majikan kita menyuruh menyediakan dan membekalkan arak kepada pelanggan. Sebagai seorang muslim , jika pengurus menyuruh pekerjanya untuk melayan pelanggan dengan menghidangkan minuman alcohol , maka ia tidak patut dipatuhi kerana bercanggah dengan ajaran islam .       Mematuhi arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi mana tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan rasulnya .Sabda Rasulullah S.A.W ;“Kewajipan seseorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama ia tidak disuruh melakukan maksiat . Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat, maka tidaklah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati”.(HADIS RIWAYAT MUSLIM) Oleh itu ,pekerja tidak sewenang-wenangnya mentaati perintah majikan ,sekiranya pekerja sudah mengetahui pekerja yang hendak dilakukannya haram disisi agama , maka diwajibkan pekerja tersebut mengundur diri dari melakukan pekerjaan tersebut . Manakala sebaliknya , jika pekerja mengetahui bahawa pekerjaan itu haram tetapi dia tetap melakukannya kerana takut dimarahi atau diberhentikan kerja oleh majikan , maka ianya tetap dianggap berdosa besar kerana pekerja tersebut lebih taat kepada perintah majikan melebihi perintah Allah S.W.T “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ‘. (AL-BAQARAH; 168) “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya” (ALMA’IDAH;88) “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu ; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya kepada-Nya menyembah”. (AN-NAHL;114) 

      5) ORANG YANG MEMBERI ARAHAN TIDAK BERADA DALAM KEADAAN STABIL .


     -Jika sesuatu arahan diberikan oleh orang yang tidak stabil mentalnya kita tidak wajib mematuhinya . Hal ini kerana kemungkinan arahan tersebut akan menyebabkan keburukan kepada kita . Pemberi arahan tersebut mestilah berada dalam keadaan waras dan stabil . Contohnya, jika majikan kita dalam keadaan mabuk dan memberi arahan kepada kita untuk melakukan sesuatu , tidak wajib untuk kita mematuhinya . Antara contoh arahan majikan tersebut adalah majikan menyuruh pekerjanya untuk memberi layanan khas berunsur pergaulan bebas seperti seks terhadap pelanggan penting yang dapat memberi keuntungan kepada syarikat tersebut beserta dengan ugutan seperti pekerja tidak akan diberikan gaji seandainya pekerjanya tidak mematuhi arahannya . Sekiranya berlaku hal sedemikian , maka pekerja tersebut wajib menolak kerana ianya merupakan dosa besar disamping menjatuhkan maruah seorang perempuan .

     6) TAAT KEPADA ORGANISASI

     -Ia melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai dalam sesuatu organisasi dapat di realisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Allah ada berfirman bermaksud : “ Wahai  orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu membantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasulnya. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.





No comments:

Post a Comment