GAYA KEPEMIMPINAN
-Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-masing .Perbezaan gaya kempipinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin.Terdapat tiga gaya kepemimpinan bagi seorang pemimpin.
1)Gaya Autokratik
-Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang bawahannya melakukan tindakan-tindakan agar tujuan organisasi tercapai.Dalam usaha menggerakkan orang-orang bawahan melakukan apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan,pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya ditangannya sendiri.Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada kemahuannya.Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik. Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh ditegur. Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya.Dia menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan. Ahli-ahli tidak diberi kesempatan atau perluan untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan, apalagi untuk bersama-sama membuat keputusan.Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan keputusan ketua.Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan , dia lebih suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli-ahli beraa takut. Hubungan diantara pemimpin jenis ini dengan ahli-ahli persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah terlalu formal dan penuh keteganggan.
2)Gaya Laissez-faire
-Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri semua aktiviti mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak membimbing atau mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya, mmalah dia tidak suka mengambil keputusan. Dia Cuma memerhatikan sahaja apa yang dibuat oleh kumpulannya. Dengan kata lain, dia sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang patut difikirkan.Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu pemimpin yang tidak menentukan arah kepada orang-orang dibawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang yang dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau “ penasihat” yang hanya dipersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri tidak suka membuat keputusan. Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidk jelas, pengurus dan pentadbiran persatuan biasanya menjadi kacau. Setiap anggota kelompok bergarak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi.
3) Gaya Demokratik
-Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat- menghormati saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk memberikan padangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memak]jukan persatuan.Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta pemimpinnya bersedia menerima kritik atau teguran yang membina daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan persatuan, bukan untuk kepentingan individu atau segelintir individu.Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama, bukannnya keputusan ketua secara individu, tetapi majority. Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas. Pemimpin yang demokratik tidak memerintah tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama. Dia selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha mencapai tujuan bersama.

PEMIMPIN DALAM ORGANISASI YANG BERKETERAMPILAN DAN BERWIBAWA
-Pemimpin yang dilantik mahupun dipilih untuk menjadi pemimpin seharusnya berupaya menggerakkan anggota-anggota didalam sesuatu kumpulan, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat. Dia harus sedar bahawa adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya dan berkeyakinan serta bermotivasi untuk memberi khidmat bakti,tenaga dan fikiran untuk kesejahteraan dan kepentingan ahli-ahlinya. Seorang pemimpin bukan sahaja harus mempunyai bakat memimpin tetapi juga bersedia untuk dipimpin.Semangat pengabdian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi dan ahli turut harus ditanam dalam hatinya.Berikutan itu,dia haruslah sanggup berkorban untuk memastikan persatuan yang dipimpinnya terus maju. Dia harus mengakui bahawa adanya perbezaan individu dan pengharapan mereka juga adalah tidak sama. Oleh itu, komitmen kepada pemimpin mahupun bidang tugas mereka haruslah diwujudkan kalangan ahli jawatankuasa dan juga ahli-ahli bagi kebaikan organisasi.Dalam usahanya untuk memajukan organisasi yang dipimpinnya, dia haruslah mempunyai daya inisiatif dan kreatif yang tinggi. Sebelum mendalam tentang prinsip, keperluan dan bidang tugasnnya. Berpandukan itu, dia bolehlah merancang dan melaksanakan program-program yang manfaat kepada ahli-ahli. Dengan itu, organisasi akan menjadi lebih terkenal dan dapat menarik lebih ramai ahli.Seorang pemimpin harus memiliki keinginan yang kuat untuk memajukan diri sendiri supaya menjadi manusia yang berilmu, berpengalaman luas dan mampu berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun secara bertulis dengan cara paling efektif. Kemampuan berkomunikasi ini penting agar maklumat yang hendak disampaikan kepada orang-orang yang dipimpinnya dapat difahami dengan jelas. Bagi meningkatkan daya kepemimpinannya, seorang pemimpin seharusnya memperbanyakkan bacaannya , menghadiri kursus ,bergaul dengan orang yang lebih berilmu mahupun berpengalaman dan meminta tunjuk ajar atau nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman.Selain itu, dia juga harus memastikan dirinya sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang tinggi, emosi dan mental yang stabil. Mereka juga haruslah merupakan individu-individu yang dinamik, sanggup menerima tugas dan tanggungjawab yang berat, berani mengambil risiko, semangat juang yang tinggi, berakhlak mulia ,tegas tetapi adil dalam membuat pertimbangan ,ketajaman fikiran, pandai menyesuaikan diri ,tekun dan gigih. Dengan kelebihan-kelebihan ini, seorang pemimpin yang berwibawa dilahirkan dan seterusnya dihormati dan dipatuhi oleh ahli-ahlinya.
Akhir kata selaku pemimpin, seseorang itu haruslah mengimbangi tugas tugas yang diamanahkan dan tugas kepemimpinan. Mereka haruslah peka kepada perkembangan persekitaran dan sedia menerima segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan lalu menyempurnakannya dengan bersungguh sungguh dengan bermatlamatkan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburinya.

No comments:
Post a Comment